Monday, 24 July 2017

TIPS PEMILIHAN KASUT PENGANTIN


kasut oh kasut!!
.
biasanya dikaitan dengan perempuan la.
lelaki senang. kasut diorg sempoi.
paling teruk warne hitam jadi la kan...heheh
.
yg gegel ni..cerewet yakmat weii!!



TIP PEMILIHAN KASUT 

Tepati ukuran kaki dan saiz kasut – Jangan buat gila pula, memakai kasut yang salah saiz. Memakai kasut yang ketat dan terlalu besar merupakan idea yang sangat buruk. Selain itu, anda juga perlu mengukur ketinggian kasut bersesuaian dengan labuh busana pengantin.


Kena dengan tema majlis – Jika anda mempunyai tema seperti perkahwinan didalam taman, jadi pilihan yang sesuai ialah flats atau wedges. Elakkan memakai kasut bertumit halus, nanti habis tenggelam dalam tanah. 
Praktis berjalan dengannya – Jangan selepas membeli, anda biar kasut itu terperap didalam kotak gara-gara sayang hendak digunakan. Ambil peluang beberapa minggu sebelum majlis, anda praktis berjalan dengannya. Biar anda sudah terbiasa dan selesa bersama sepatu indah itu!
Tidak membazir – Apa yang dimaksudkan tidak membazir ini ialah, kasut pengantin anda itu juga boleh disarung selepas majlis perkahwinan. Mana tahu anda perlu ke acara-acara besar, jadi kasut pengantin anda itu boleh diguna semula. Multitasking shoes! 


Pilih kasut yang buat anda rasa istimewa – Anda percaya tak kepada keajaiban? Bila anda menyarung kasut tersebut anda berasa istimewa dan ia memang sesuai untuk anda. 
Buat rawatan kaki – Segalanya-galanya tentang kasut tapi jangan lupa manjakan juga kaki anda. Buat rawatan kaki dan yang mustahak sekali ialah kuku kaki anda. Maklum lah jadi pengantin ini kena cantik dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. 

stilleto. artis uolss.
jangan pakai kalau tak biasa.
tergolek satgi naya.
malu pengantin lelaki

wedges. ramai prefer ni kan??
sbb balance sikit pada tumit tu.

blink-blink uols.

ok pemilihan kasut seperti ni
mesti kene dgn baju ye syg!!

utk pemilihan kasut biasanya
pilih la kasut yg ada lace. nampak exclusive

ok utk kasut mcmni
sesuai utk org yg berbadan besar
supaya lebih seimbang ketika jalan

geramnya..lawa sangat

cinderella. pakai sekejap patu bukak.risau hilang manik.hehe

cantik kan..

osem!!

biasa ramai akan pilih warna macamni.

gambar ihsan en GOOGLE



No comments:

Post a Comment

Featured Post

MAJLIS SABTU, 21 OKTOBER

Tahniah buat pasangan Izry & Amira Moga berbahagia hingga ke jannah Sy sangat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih ...